CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

December 24, 2012

kepadaMu aku terus terang

Bismillah.Assalamualaikum *sambil lambai tangan*

Meniti hari di bumi bawah bayu *sabah*
seronok menyelinap segenap penjuru,bukit ,belukar,sungai,denai,laut,pantai,hutan,rimba,raja rimba dan macam macam.Berpijak di negeri orang memang seronok.Tapi berpijak di negeri perak buat kita syahdu *hyper*

Ehhh esok dah christmas.rumate dua orang tiada.this week adalah minggu belajar.byk masa:

ada sumting nak ceghite.yang berbicara dalam jiwa.banyak sangat.boleh buat movie MIDNIGHTMOVIE.ngeh3.

tapi kepadaMu sahaja yang mampu terungkap segala ceghite.kat sini tangan tidak mampu nak menaip.terlampau berat ceghitenye.

hho

the END

December 18, 2012

Andai ada jodoh tak kemana,Andai bodoh pun tak kemana ^^

Salam sealiran sungai Nil,salam mahabbah,salam tarbiyah,dan selamat sejahtera keatas kamu semua.

Just wanna share something special. :)

Jodoh itu penuh keunikan,,,

Apabila semakin dikejar,

semakin dia berlalu pergi,

apabila kita hanya menanti,

usahkan hadir,

bayangnya belum pasti,

kadangkala antara jodoh dan nafsu kita sering terkeliru,

adakah dia jodoh ditunggu,

ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu,

kadangkala hadirnya tidak disangka,

dia rupa-rupanya jodoh kita,

Rencam jodoh...

manisnya dapat mendamaikan hati,..

pahitnya dapat menghancurkan diri,

misterinya dia..

hanya Tuhan Maha Mengetahui..

ehem ehem..

Dia menyapa,Jodohkah namanya?

^,^


# jodoh saya dah sampai? Alhamdulillah.saya tak terlampau mengejarnya.takutt..medan yang paling saya takuti...

isyaALLAH..andai itu takdirnyaa,saya jemput kawan2 saya.perkara baik kan.elok di'share" bersama.semoga Allah permudahkan :)
menuju kesyurga Allah yang utama.

smile as big as you can :D

Assalamualaikum w.b.t. buat hadek hadek yang comel :D

*wondering*masih ada ke yang baca blog nih sejak aku talak blog nih dengan talak 3.krikkkrikkkrikk.

As you know,smile is a good theraphy :D jum senyum meyh

Erm tadi memandangkan kelas tutorial calculus batal.ayat betulnya "kelas hanya dalam masa 15 minit.tapi kami tak sempat nak masok kelas,kelas tersebut telah tamat dengan sendirinya,aku datang lambat,kih3"

So kami pun membuat perancangan dengan rapinya demi mengisi masa dengan perkara yang berfaedah.Mula-mula dengan hati tulus lagik murni sebagai seorang pelajar haruslah berniatkan atau berlandaskan pelajaran.So dengan semangat yang berkobar-kobar kami sepakat untuk study calculus kerana isoknya kami akan menduduki satu kuiz.Sungguh lagi benar kami study calculus..


Dan tak sampai beberapa minit sahaja......

"kami laparlahh,hampa tak lapar kaa??"  tanya ana a.k.a kakaq

"betul-betul,kami pun lapar sangat dah nih.Jom makan dekat dkp nak? rindu nasi lemak pakchek.aaaa sedapnyaaa."  aku menyahut tanpa menghiraukan calculus yang terbiar disebelah.

"laa nak p dkp jaa kaa?hampa tak mau keluaq ka?p 1B jummm~" kata ana.


"err.1B ? awat jauh sangat.tapi jum jelah..kita lunch. ihik2" hati aku dah berbunga bunga mawar yang mekar ditaman.

so dengan hati yang girang tanpa perasaan yang gundah gulana kami pun keluaq outing untuk lunch.meon yang sakit sakit pun sanggup korban jiwa and raga beliau demi sebutir nasi..


#sejak masuk universiti nih aku banyak kali keluar outing.Setiap minggu keluar..adee je muka aku bertempek setiap minggu kan shopping mall tu.bahaya sungguh.pokai hidup :3 .heh


December 16, 2012

post tittle

Sambil mendengar lagu 'For The Rest Of My Life'...

err,,harini sepatutnya ade kelas
*tutor calculus : 8.00 -> 10.00
*globalisasi dan komunikasi : 11.00 -> 1.00

tapi dengan selumber badakknya aku ponteng .ehek. no lahh.actually aku bawak kelas tu kepada isok.Tak bersemangat nak datang kelas hari ini.Mood tak datang lagi ~,~.. *bole plak gitu kan* heh :3

sebenarnyaaaaaaa,,,aaaaa,,,aaa
tiada tujuan yang jelas pun hapdate blog harini.sajaa mengisi masa yang telah dikosongkan oleh aku harini..cerdik betul aku nih.
harini dah 17 december.ohmakkau!macam tak percayaa.nak dekat final wooo. o.O.....

#aku perasan isi blog ini tade kene mengena langsung dengan background music.apelahh,merepek sungguh,..

sebenernyaa,,saya nak mintak satu permintaan. 

"boleh tak tolong bagi saya kata2 semangat??? rasa down sangat. =,="

-feeling happy and signed you will be okay.believe in yourself,you find your waayyy.


my weakness in signed,i can't hide from your eyes. @,@

December 13, 2012

aku si ulat bulu

First of all,tajuk macam karangan waktu sekolah rendah dulu je kan?
haha.nevermind,zaman kanak kanak sangat menyeronokkan bukan?

tertarik dengan statement ini 

"Biarlah kita hodoh dan jelik sekarang ni, dikeji dan dihina oleh makhluk-makhluk lain. Tapi suatu hari nanti, kita akan bertukar menjadi makhluk yang dicemburui dan mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Tapi kena banyak-banyakkan bersabar ah."  


RAMA RAMA ;

makhluk yang sangat cantik,mempersonakan bagi mata mata yang memandang.
tapi pernah tak kita berfikir asal usul rama rama?

ye betul rama rama asalnya daripada ulat bulu.berbulu bulu.menggelikan,yang dulunya sentiasa dikeji oleh manusia.tapi setelah ia bertukar menjadi rama,kecantikannya mampu memukau buat mata yang memandang.Berterbangan menghiasi segenap bumi.

"Kita pon macam tu jugak , suatu hari nanti, in shaa Allah. Esok lusa, kita akan melalui suatu proses yang manusia panggil sebagai metamorfosis. Kita akan duduk dalam kepompong dan sepanjang tempoh tu, sedikit demi sedikit, kita akan bertukar menjadi rama-rama, kita juga akan menjadi rama-rama yang kachak lagi bergaya.  Biidznillah."


Hari ini ataupun sekarang,kita mungkin tak hebat.teruk,selalu dipandang hina,diperlekehkan oleh orang sekeliling,tapii jika kita melalui proses tarbiah yang baik,insyaALLAH,kita mampu menjadi seorang yang hebat.Sebab kita ada ALLAH yang maha hebat.Percaya kepada diri sendirik!


Wallahua'lam



life~

Allahu Allah..

sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah.Berikanlah padanya kekuatan dalam menjalani detik detik hayatnya.Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.


hati ini semakin jauh daripada tarbiyah nafsiah.KENAPA?
adakah kerana perasaan yang merasakan diri ini sudah cukup baik.Hingga berani memalingkan diri daripada jalan dakwah? atau merasakan diri ini sudah cukup besar hingga teguran itu hanya untuk mereka yang bersekolah.besar sangatkah pangkat Mahasiswa dimata manusia?

atau sudah merasa cukup dengan didikan.muak mungkin.

kenapaa ?

putus asa dengan diri sendiri..

mengharap pada sesuatu yang tidak pasti.mendatangkan kekecewaan.

mana mungkin semua yang kita inginkan mampu kita miliki.

semoga Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada yang dulu.
terasa hati? sudah semestinya.

rindu perak,semenanjung.nak balik rumah

believe in yourself =)


Bola O,o

Salam alunan kasih buat semua

ehek,dah lama tak bukak blog..lupa ada blog seketika,.sibuk mungkin *ayaattt*

ohooooo..hari ini isu bole sedang membangun dengan pesatnya,

MALAYSIA VS THAILAND ---> 0 : 2

bukak jaa facebokk semua dok jadik bomoh sumpah seranah itu refree.macam macam ayat keluaq. Tidak kira lah mereka dari golongan BERAGAMA mahupun tidak beragama..bak kata matlutfi 'DRAMA AGAMA sudah tamat ,sekarang drama bola pulak ! :3





take note : saya bukan peminat bola.so ada apa dengan benda bulat itu?



*mencari diri yang hilang.
waktu diri ini telah jauh tersasar,
kembali merenung.apa yang telah aku buat?
sangat lalai...
astaghfirullahalazimmm :')



 

August 18, 2012


Bismillah. Assalamualaikum semuaaaa!

Ramadhan sudah bersedia untuk pulang dan kita? Muhasabah diri sama ada kita sudah pulang kepada fitrah ataupun tidak.

dan pastilah ikhwah akhawat semua dah buat persiapan yang serba RINGKAS juga untuk sambutan eidul fitri, dah beli baju yang lawaaaa, shawl yang comelllll, kasut yang urmphh, dan sebagainya (err okayyy ni mainly utk akhawat tercinta). Alhamdulillah semua bertungkus-lumus utk kelihatan yang terbaik utk hari kemenangan kita semua dalam menjadi graduan yang bertaqwa.

cumaaa, ana nak ingatkan diri sendiri dan antunna semua tentang pakaian yang patut or WAJIB kita pakai nanti-->MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, bukan kerana ibu dan ayah yang suruh or adat dan budaya menggalakkan sebegitu, tapi kerana Dia, si Kekasih hati yang suruh 

dan apa kriteria menutup aurat tu? sekadar pakai tudung? pakai stokin? hehe, jom kita tengok!

[An-Nur:31] "Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan HENDAKLAH MEREKA MENUTUP KAIN HINGGA KE DADA...."

"Tutup aurat dari pandangan mata menurut imam syafi'e adalah wajib. ciri-ciri yang membawa kepada tidak menutup aurat samalah seperti memakai pakaian yang KETAT, JARANG dan SINGKAT yang menampakkan bentuk badan atau bayangan warna kulit(baju jarang). semua ini tidak harus dipakai mengikut syariat islam kerana tidak mejamin terhadap kesempurnaan dalam menutup aurat yang disuruh oleh Allah dan RasulNya."

Checklist:

1. Tudung/shawl menutup dada.2. Tudung/shawl tidak jarang yang menampakkan rambut, telinga, dan leher.3. Baju tidak ketat yang menampakkan bentuk badan 4. Baju tidak jarang yang menampakkan segala benda5. Baju tidak singkat (kalau singkat, pakai kain, skirt labuh atau seluar besar. NO LEGGING or SKINNY PANTS sbb itu ditegah dlm Islam)6. Lengan tertutup sehingga pergelangan tangan (NO INNER KETAT yg mcm orang2 arab kat Uni selalu pakai tu)7. Stokin! 

so kawan2, pergi almari kejap tgk balik pakaian yang kita beli atau tempah utk hari raya fitrah nanti menepati atau tidak ciri-ciri yang Dia nak. muhasabah bersama yeee.

tapi ana suka sangat kalau kawan2 'bercantik-cantikan' pd hari kemenangan tu nanti sbb Dia suka yang cantik kan? cuma jgn melebihi had yg Dia dah tetapkan je. so nanti atau bila-bila masa, setiap kali berpakaian dan 'bercantik-cantikan', tajdid niat bahawa kita bercantik-cantikan tu sbb Allah yg suruh. kalau sbb Dia yang suruh, mestilah kita turut ambil cakna dgn syarat2 'bercantik-cantikan' tu kan? nak Dia sayang kita kan? haruslah kelihatan cantik yang menutup aurat dgn sempurna 

*tegur ana kalau pakaian ana sendiri tak menepati kriteria yang Dia nak, jzkk 

selamat bercantik-cantikan kerana Dia sbb Dia cantik dan sukakan yang cantik!

*peringatan buat akhawat tersayang. buat ikhwah, sila ambil cakna dan beri peringatan pada ibu, kakak, adik, isteri, cucu, cicit, dan sebagainyaaa 

wallahua3lam.

 :: salam lebaran,minal aidil wal faizin ^^ taqabbaALLAHu minna wa min kum !

*ampun dan maaf dipinta .semoga bermanfaat yaa~


August 9, 2012

35 petua pelajar cemerlang


  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

    boystudy
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. 
*mungkin tips nih sesuai jugak untuk mahasiswa.^^


#sumberbernamadr.hajiFadzillahKamsah


August 3, 2012

UMAR AL KHATTAB ^^





Pada suatu hari Rasulullah SAW berkumpul dengan para Sahabatnya, Beliau berkata pada Umar al Khattab.


Cuba ceritakan kepadaku yang boleh membuat aku tertawa dan membuat aku menangis.”

Maka Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala dari manisan. Lalu aku pun menyembah patung itu.”

“Selesai menyembah berhala itu aku berasa lapar lalu pergi ke dapur, tak kudapatkan walau sedikitpun makanan lalu aku kembali ke tempat penyembahanku. Ketika itu Tak ada makanan selain tuhan sembahanku itu, akhirnya dengan rasa sesal aku pun memakan tuhan yang kusembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut mulai dari kepalanya, kemudian tangannya, badannya hingga habis tak tersisa lagi.”

Mendengar cerita Umar al Khattab itu Rasulullah tertawa hingga kelihatan gigi grahamnya, Beliau pun bertanya,

”Dimana akalmu waktu Itu?”

Umar al Khattab menjawab, “Akalku memang pintar namun sembahan itu yang menyesatkan daku.”

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar al Khattab. "Ceritakan kepadaku perkara yang boleh membuat aku menangis?"

Umar al Khattab pun bercerita. ”Dahulu aku ada seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut kesuatu tempat, Tiba ditempat yang aku tuju, aku mulai menggali sebuah lubang. Setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anak perempuanku membersihkannya.

“Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku melempar anak perempuanku kedalam lubang. Dia menangis kuat sambil menatap wajahku. Masih terngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan ayahnya sendiri dari bawah lubang."

Mendengar cerita itu maka menitis air mata Rasulullah SAW…

(petikan dari Kisah-Kisah Islam Syeikh Mustafa Shadiq Rafi, Syeikh Ali al Thonthowi dan Syeikh Muhibuddin Al Khotib)

___________________________________________________________
Kisah di atas adalah cerita Umar Al-Khattab sebelum zaman keislamannya. Selepas memeluk Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah yang dimuliakan Allah kerana perjuangannya menegakkan Islam dan dijamin masuk syurga.


Sekarang lihat diri anda. 


Adakah anda seorang pelaku dosa? Pada masa yang sama, tanyakan diri anda, "adakah diriku masih bernyawa?". Jangan sia-siakan nyawa tersebut, Gunakan untuk bertaubat. Sedangkan Umar al Khattab yang pernah dahulunya sembah berhala pun boleh masuk syurga setelah bertaubat. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi dirimu <3


#creadittoaisyahsyakirah

July 28, 2012

Hanya Ingin Bersahaja . . .

Assalamualaikum . . .


Alhamdulillah . .
 Terdetik Hati Kecil Ini Ingin Bukak Blog .Actually tak tahu nak update apa kalau bukak blog.maaflahh. . idea tak banyak mencurah curah macam yang lain.
Hari ini ramadhan yang ke 8 agaknya.andai diri ini tak silap lahh.
Dah banyak yang saya lalui dalam hidup ini dan yang paling tak boleh dilupakan adalah Program Latihan Khidmat Negara. Mungkin bagi orang lain PLKN ini tidak ada apaapa padanya namun bukan bagi saya . .Saya dapat sesuatu pengalaman yang lain daripada yang lain bagi saya sukar didapati.Maybe kalian akan kata aktiviti yang menampakkan pengalaman itu berbeza.ye itu merupakan salah satu.tapi suasana PLKN itu sendiri lebih menarik daripada aktivitinya.secara tidak langsung saya telah belajar sesuatu yang baru


#Hidup dalam masyarakat yang pelbagai
Nampak macam kelakar kan.tapi realitinya itulah yang saya belajar.Hidup ini tak seindah yang kita sangkakan.Saya biasa duduk dalam golongan fikrah islam.Kalau ada salah , silap langkah dalam kehidupan , hatta down sekalipun , lajuu je kawan datang memberi semanagat , kasi nasihat , ingatkan tika saya lupa.tanpa dipinta.Itu adalah kehidupan saya.Namun , sejak saya dicampakkan di PLKN , kawankawan yang saya jumpa disana sangat lain.Semua background berlainan daripada saya.Macam macam perangai , tingkahlaku ,ragam , kerenah dan lainlain.Ada yang dahulunya merupakan penagih dadah , tidak suka belajar , dan macam macam lagi.Disana saya macam warga asing ,yalahh cara hidup islam dipandang sangat kuno , lama, tiada kemajuaan.Mereka seperti baru tahu Islam itu apa walaupun hakikatnya mereka beragama Islam.Apa sahaja ibadah yang saya lakukan seperti perbuatan yang aneh.Baca doa selepas makan itu sendiri mereka pelik dan ada yang tertanya tanya apa bacaan doaa selepas makan.Apatah lagi ibadah sunat seperti solat sunat , ma'thurat.Aduhhh.suasana yang amat kesian.Saya fikir budak zaman sekarang semua nya dah keluar daripada kepompong jahiliah.Hakikatnya ,saya sendiri sedang dikelilingi budakbudak yang tak tahu tentang agamanya sendiri.Mula mula nak marah geram pun ada.Agama ini bukan benda yang perlu di permainkan,WAJIB keatas setiap Muslim untuk mengetahuinya.Tapi tak akan nak salahkan mereka sahaja.Pihak lain pun ada salahnya juga seperti ibubapa ,media yang melalaikan ,suasana and masyarakat sekeliling.Kebanyakan mereka asal daripada selangor dan kuala lumpur.Inilah realiti kehidupan sekarang.Mereka benar benar dalam golongan yang TIDAK TAHU bukan TIDAK MAHU.Okey saya akui dulu saya assume semua orang dah tahu syariat Islam dengan menyeluruh.Just TIDAK ada KEMAHUAN untuk melaksanakan syariat.Tapi masih lagi ada golongan yang tercicir yang tidak tahu pasai Islam.Sayangnya golongan yang tercicir itu sendiri  merupakan Remaja kita kini yang mana yang akan memimpin negara pada masa akan datang.So,disitu saya terasa satu tanggungjawab tergalas dibahu saya untuk mentarbiyah mereka.Kewajipan saya untuk menceritakan perihal and Syariat Islam.Gerakkan mereka yang sedang tidur lena dibuai mimpi duniawi.Hatihati merka perlu saya ketuk perlahan lahan.Tapi dari mana saya patut mulakan??Tentang aurat jauh sekali daripada pengetahuan mereka.Aurat wanita dengan wanita pun mereka tidak tahu.nahhh . .semuanya mereka hentam.solat lintang pukang jadinya.bacaan dalam solat pakai tibai sahaja.Astaghfirullahalazimmm...dalam keadaan sebegini rupa aku diuji.tika ini tiada lagi sahabat untuk berjuang sekali.Seorang diri saya bergerak .Bahan ilmiah seperti Gen-Q , Solusi , dan sirah sirah nabi saya edarkan.Makanan rohani buat mereka yang hati sangat gersang..Mungkin usaha saya tak nampak impak yang sangat kuat , ye !saya tak kuat tanpa Jemaah yang lain serta sahabat sahabat.Nampak tak betapa pentingnya jemaah dalam melakukan sesuatu perkara terutama dakwah.Sebab itulah solat berjemaah lebih afdhal daripada nafsinafsi~Ketika itu, Hanya ALLAH tempat saya bergantung harap menceritakan segala hal .Allah always with me ~dan sepetri biasa tak semua yang kita buat akan disambut baik oleh orang sekeliling.Tapi kena steady jela.Rasullullah kekasih ALLAH itu pun cool je.Baginda kena caci maki hina dipukul segala bagai tak kecoh pun.senyum sokmo lagii.This is about we call life.banyak rencahnye kalau nak book syurga.So enjoy for every second in your life.Perjuangan perlu diteruskan.Jangan henti walau sesukar mana pun ia.Doakan mereka ayuhhh.Doa orang yang berpuasa merupakan doa yang mustajab.
 PEACE ^^

 #baju kelas.macam tadika kan ? haha





Alhamdulillah,bakal mahasiswa UMS.jauhh.mesti lagi hebat ujianNYA.
~ALLAH knows better~
 

p/s : semoga ALLAH sentiasa menetapkan hati hati kita dalam jalan yang lurus.
          ingat ! kekadang ALLAH suka membolak balikkan hati hati manusia yang lalai.so                                               sentiasalah doa agar ditetapkan iman dan mendapat husnul Khatimah ^^ insyaALLAH


March 17, 2012

pengembaraan si comel =)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
buat kalian yang comel comel belaka..
semoga sentiase sehat sejahtera
saya alhamdulillah semakin sihat comel
 macam nih
:
:
*untungla lau siza badan i besar nih*.
alololo... comel kan saya ? ?

minggu lepas si budak comel lote nih pergi mengembara
bukan main eksaited lagi smapai lompat lompat dalam bus.

disebabkan saya ni terhormat  and eksaited sangat lah kan
saya telah menyertai dua rombongan secara tidak langsung..

first rombongan bersama moderator:
objektif rombongan nih adalah
nak melawat MUZIUM KESENIAN ISLAM
so macam macam pengetahuan yang kami dapat pasai sejarah islam.
MASJID YANG TERUNGGUL~





hari sabtu kami sampai matrik selepas penat merenggek..



hari ahad saya mengembara pula bersama
PRD and the geng..
berjalan di cameron highland
tambah tambah sekarang musim hujan
so kat sane sangat la sejuk.
pengembaraan kali ini lebih kpd santai
ade buat berbeque kat taman tanah rata.
dan sedikit permainan seperti
main galah panjang
main futsal
main kejar kejar

heheheh..
main tangkap gambar.yeaayy
my feberet!!!
 
kumpulan kami menang main galah panjang..hebat un??
 




so itulah alkisah pengembaraan si comel =)
hari isnin gagah kan jua pergi kelas walaupun penat.



so saya nak bayangkan jadi bidadari lahh..heee


semoga menjadi kenyataan..


















March 4, 2012

"selamat sejahtera keatas kamu"


last week

|24/2/2012|
lunch at 
|grand kampar hotel|
anjuran
|kemahiran dinamika kmpk|

actually kami pelajar matrik ade

"TABLE ETHIQUE"


ianya diadakan bertujuan:

preparation untuk menjadi MENANTU DATUK ..err.yela sgt.hhu
ajar kami makan tanpa ada sifat keGELOJOHANtu(!)
so the moral value from this event kami ade la belajar skit-sikit cara makan yang ayu+sopan santun=teratur.


menu kami bertemakan makanan orang putih.
beef stick|mushroom soup|2 ketul udang jer|MUFFIN|COOKIES
~RM50.00~
so faham-faham jela kan
ai nih orang melayu sejati
mane bole lunch tak makan nasik
balik tuh memang kebulur lah kami dibuatnya
terus serang cafe tanpa rase was was
opss silap..
ai serang bilik jep.
tak dapat nak menahan mata yang sudah berat.
hikhikhik..


and

i dunno how to start but..ermm
ade sumting yang agak merunsingkan minda i nih.
so juz want to share it la.
if bole jawab kan sekali pun tape
ai tau ramai yang cerdik bijak genius pandai kat luar sane tuu
nak selesaikan masalah nih bersame same pun lagik la tapeh
ai ta kesah lah uhh ^_^
hee~~~

sebenarnya
.
.
.
         ..........
                   .
                   .
                   ? 
"apakah hukum perempuan jadik mc(master ceremony)?"
adakah tidak sopan?
hurmm...

terimakasihdaunkeladiyangbaikhati d(^.^)b

January 17, 2012

TERASING =)

 THE NAME OF ALLAH ,THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL
Assalamualaikum..

first of all..
walaupun sudah terlambat
tetap nak ucap jugak!
"SELAMAT TAHUN BARU 2012.."
"SEMOGA TAHUN BARU INI LANGKAH KITA JAUH LEBIH BAIK!" 










Minggu nih merupakan mingguu pre-ups (ujian pertengahan semester).so agak busy dengan buku la.asyik berkepit jer tak pernah berlekang.kadang kadang dating kat bistro,library,kat masjid pun.yela couple of the year lah katekan,mata mata memandang menjeling tanda ketidakpuasan hati.
tapi
.
.
.
.
.
.
.
*bedtimestory*


*tautan hati*
 buku buku yang dibaca semuanya tak ade kaitan dengan ups.hebat tak kami?? =,='
actually nih buku warm up
yelah nak pupuk minat membaca terlebih dahulu dalam diri ini
HAHA..
pandailah akuh nih kan?
sebenarnya saya nih tadelah zalim sangat terhadap diri saye sendiri
buku buku tersebut dibaca pada waktu "lapang" sahaja..
supaya masa terluang diisi dengan perkara yang berfaedah.*kononya*
 eheheh.

TERASING tu sebenarnya novel ..
by HILAL ASYRAF

seious!buku nih sangat sangat la best!
so marilah bersama sama baca !
tadek paksaan ye tapi..
JOM JUGAK!

antara katakata yang menarik
=)










#p/s kpd sohabii:tolong jangan asingkan aku dari kehidupanmu,hulurkan tanganmu apabila aku tersungkur,ingatkan aku bila alpa,...dan jangan asingkan aku apabila aku jauh tersasar dari jalan yang benar.