CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

January 5, 2013

Gemersik Qalbu

Bismillahhirrahmanirrahimm, 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang,kepadaMu aku menghambakan diri.
Selawat dan Salam keatas junjungan nabi Muhammad s.a.w. ,ahli keluarga baginda,sahabat baginda,para khulafa ar-rasheedeen,para tabi' tabi'in ,para syuhadaaa dan seangkatan dengannya.

yaAllah..

gersangnya hati ini. ampunkan dosaku yaAllah.aku hamba MU yang paling hina,keji,.Akulah pendamba syurgaMU, tetapi tidak serik melakukan dosa samada nyata atau tidak.Semoga maghfirahMU sentiasa mengiringiku.

Ketenangan. memburu ketenangan.mencari kedamaian.hatiku gelisah.RAPUH.
langkahku amat rapuh dalam memburu redhaMU.

rindunyaaa kat familyy,mak ayah adik2 abang2 and my lovely cats.hampir 4 bulan tak balik..Allah hadiahkan rindu yang berpanjangan. :')

>balik nak belajar memasak.wajib.nak masak untuk mak tersayang.
>nak belajar menjahit.nanti senang nak jahit baju..boleh jahit macam2
>then balik nak keluar sama ngan geng2 saya yang comel
>balik nak solat jemaah ngan family.rindu.rindu,rindu,
>nak jadik anak yang rajin.tolong mak dalam semua perkara biarpun tanpa disuruh.

sebelum balik kena exam dulu.then nak beli sikit ole2 untuk mereka disemenanjung.



#yaAllah betapa sukarnya nak menjaga hati ini untuk sentiasa mencintaiMU.untuk sentiasa sujud padaMU dan menghargai setiap pemberianMu. semoga Engkau sentiasa lorongkan hati ini kepadaMU .
jagalah hatiku.jagalah hatiku.jagalah hatiku. amiin.
semoga aku memperoleh akhlak yang baik.menjadi hambaMU yang taat.serta menjadi anak yang solehah.

January 4, 2013

rapuh


Matanya yang tak pernah tertatap. Santunnya yang tak pernah terjerat. Hatinya yang belum pernah termiliki. Nawaitunya yang ingin seorang zauj hadir menemani. Serendah-rendah nama, semulia-mulia cinta. Di bawah langit cinta Allah azzawajalla..
Malam itu, pada kertas kanvas yang putih, namamu yang menimbul. Persis dakwat yang membasah. Menyerap selemah-lemah kanvas. Tertulisnya nama, tercatatnya hasrat yang setia. Maafkanlah andai kanvas itu tak mahu menguning. Dimamah hari dan hari. Likat dakwat ibarat keindahan yang tiada tara. Lafaz cinta yang belum pernah terungkap.
Menyepikah nama seorang pemuda, pada jiwa sekuntum bunga. Berdurinya di pagar taman-taman larangan. Melarikan renung mata, menjauh gurau senda. Hati dan anggota memekar. Atas sebuah nama cinta. Menggulir riak rasa yang mahu. Apatah lagi umur purata, kini sudah ramai mencipta baiti jannati. Bersabarnya atas ketentuan. Memecah resah-resah yang haram.
Duhai Tuhan yang mendengar setiap zarah bicara..
Dari jiwa dalam dan tulis lemah seorang hamba..
Ingin, sungguh ia semahu yang boleh..
Memegang hati untuk Engkau tetapkan..
Tika menghapus ruang dan waktu..
Tika beriman aqal dan nafsu..
Naluriku yang senantiasa berkata..
Mahabbah rindu biarkan rahsia..
Moga mengalir tanpa dosa..
Wasilah jiwa yang mendamba redha..