CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 6, 2013

berubah?

Assalamualaikum.
Selawat dan salam keatas junjungan nabi serta ahli keluarga baginda.

Salam maal hijrah.

Alhamdulillah.

berubah?

tak mudah
tapi..
tak susah.
menuntut pengorbanan.

love this quote

"the one that you need to beat today is yesterday you~"

semoga,
tahun baru ini,
memberi sinar harapan,
buat aku , kamu , dan dia,
untuk berubah
ke arah yg lebih baik
berbanding tahun tahun sebelum ini.

semoga,
amalan kita yg lepas diterima oleh Allah.

semoga,
dosa kita yg lepas diampun oleh Allah.

semoga,
masa silam kita menjadi pedoman buat kita pada hari ini.

semoga,
kita menjadi semakin baik utk harini dan esoknya,

semoga,
Allah sentiasa redha.

maaf dipohon,
andai tersilap kata,
tersalah bicara,
terkasar bahasa,
terguris hati,

yg baik itu datangnya dari Allah,
dan yg buruk itu dtg dari kelemahan ku sendiri.



June 5, 2013

Jauhnya Beza Antara Kita :/

Assalamualikum . ohai!

Alhamdulillah.

Baru lepas jawab hekzem final paper Computer Organization and Architecture!
fewwwww. *lappeluh*

ermmm ... 

Jauhnya beza antara kita kan ?

ekceli , usrah haritu cerita pasai hekzem .
so nak dijadikan cerita , kakak naqibah ada tanya

" kenal Nik Nur Madihah tak ?"

*kitaorang dgn muka teruja menangguk tanda kenal .*

" nak tau tak kenapa dia boleh jadik begitu cemerlang? "

*angguk lagi.* kakak naqibah teruskan cerita..

" Sepanjang kehidupan dia, dia sangat menjaga hubungannya dengan Allah,dengan ibubapa dan serta orang sekeliling.Dan yang paling penting dia tak pernah tinggal Qiamulail sejak dari darjah 5! . hebatkan?"


SubhanaAllah . Bagi saya sangat hebat! Dari darjah lima kottt!

Jauhnya beza antara aku dengan dia,

aku ?

ibadat wajib pun masih lemahh,, lemah sangat2.
nak cerita pasai ibadah sunat lagi jauhlahh kan.

solat wajib lima waktu pun tak mampu nak jaga.
masih lagi melewatkan solat.

nak cerita pasai khusyuk ?
Allah .

solat pun kekadang tuu express.
mengejar masa kononnya.

ibadat sunat yg simple?
hmmmm.
tak mampu nak istiqamah.

Terasa sangat kerdil .

Terasa sangat teruk.

Terasa sangat malu dgn diri sendiri.

Kita hari hari mintak macam2 kat Allah.

Tak maluu,,

Tapi apa yang kita buat?

Nothing!

ye we are nothing.

Allah tak perlukan kita langsung.

Tapi rahmatNya dan Kasih sayangNya tetap pada kita yg hina.


Alhamdulillah jwb ekzem tadi. walaupun tak tau betul ke tak.

Tawakkal.. doa. itu yang perlu dibuat sekrang


Yang penting usaha yg kita curahkan,bukan result yg dikeluarkan..

apa apa sahaja result yg bakal keluar nanti saya terima ^_^


kerana Allah kasi apa yang kita perlu.

YaAllah jauhkanlah aku dari sifat riak sombong dan takabbur atas nikmat yg Engkau berikan.

susahnya nak menjaga hati yang kecil ni kan?

Semoga Allah Redha :')


Done ! Published !

May 29, 2013

Ekhem

Ekhem.

seruan saya pada diri sendiri 

"Jom Study " 

okey!

:D

May 9, 2013

silencer


Assalamualikum.

salam penghulu sagala hari.

only one words : really terasa humble , rendah diri , rasa macam teruk sangat.

-you know nothing. 

#kekadang pelik. Apa yang sebenarnya aku inginkan dalam hidup ini.?

ijazah.....?

kerja...?

kawen..?

redha Allah...? selalu dengar ,,tapi .. taktahu apa yang aku buat..? okey semuanya persoalan yang aku takdapat rungkaikan. -_- . easy to say .., cari redha Allah,penuhinya? 

bukan berputus asa,cuma buntu. 



*bercampur segala macam perasaan. huarghh..

May 6, 2013

Tujuan Hidup

Okey , Hye, Assalamualaikum ya akhi ya ukhti .

ermmmm ..

Firstly , Tahniah buat Barisan Nasional atas kejayaan dalam pilihanraya ke-13 .
Harapannya mampu menjaga dan mentadbir negara dengan lebih baik berbanding sebelum ini, Transformasi !

Maybe peluang-#inikalilah# untuk mengubah kerajaan baru belum tercapai. tapiiii, atleast kita nampak sangat semangat rakyat malaysia terutama anak muda yang sudah celik hati mereka inginkan sesuatu perubahan. Kepada sesuatu yang lebih baikk.Bukan nya tak tahu bersyukur.Nak sesuatu the best among the best ., haa cenggituuuu.

we plan, Allah plan, But Allah always the best Planner :')

merujuk surat cinta dariNya  Al-Baqarah 2:216


"Boleh jadik kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadik kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu"
saya yakin ramai je tak menyukai kemenangan parti tersebut...SPR tak telus laa ..blackout la,peti simpanan tambahan laa.and blabalabla

Okey buddiesssss u ollssss !

seruan saya ,
ajakan saya ,
pintaan saya ,

JOM pandang HIKMAH!!!!


slot muhasabah

# Cuba ambil masa sejenak , biar otak dan hati kita bergabung , berfikir sejenak , deeply conversation dengan diri sendirik.

"mengapa Allah tangguhkan kemenangan buat Islam..? adakah ianya disebabkan diri kita ini..? Dosa dosa lampau kita,orang sekeliling."

Nauzubillahiminzalik..semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa dosa kita.

Okey pretty boys and gurlsss,lets continue our mainpoint " TUJUAN HIDUP"

Beauty.

kita semua pasti selalu dengar tujuan hidup la matlamat hidup laa blaa bla blaa...

semua berkenaan Hidup.

ekk?  
sebelum kita nak cakap pasai tujuan kaa matlamat kaa,
kena define dulu apa itu Hidup,baru boleh nak decide kita nak hidup untuk apa.

makna hidup dan memaknakannya

actually kalian boleh check kamuih dewan dan putakaq atau kat enchik A.Samad Said.

ermm ermm. ermmm.

ehh beb , bukan gua nak kata apa beb.. Lu dalam hidup nih kena ada tujuan beb . tujuan hidup yang nyata . ataupun timeline . *ehh macam fesbuk pulak.
tengokk,fesbukk lagi berguna dari luu,takkan lu nak hidup cenggitu je tanpa matlamat?

"yelaa kut, kalau gua rancang macam mana pun kalau bukan benda tuh yg tersurat,takkan jadi jugak,bukan cenggitu ke?"


amboihhhh,tekad gila bak hang taknak merancang

okey dear,
kita kena sedaq,kalau kita fikir cenggitu,
anda dalam keadaan yg sangat gawat!
Bahaya kottt.
mana taknya, aku simpulkan kita sama macam tak perlu buat apa-apa langsung dalam hidup

"huh? ehh beb mana sama ."

oke. cuba kita fikir sejenak.

   semua orang tahu dia bakal mati right?Buat apa sekalipun,duakalipun,kesudahannya akan mati jugak.Dahtu baikk kita duduk diam saja tak payah buat apa-apa tunggu mati,macm tuh?


May 2, 2013

Trust :)

Eh hello world  . *garugaru kepala rasanya minah nih baru je hapdate belog* ahaha!

saya mulakan "dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani"

Bersyukur tak terhingga diberi peluang untuk bernafas pada setiap detik waktu,tanpa sesekali semput,sesaak nafas , walaupun kekadang tuh ada tersedak.

 uhuk . okey berbalik pada tajuk entry tadi t.r.u.s.t
 berdasarkan kamuih dewan dan pustakaq trust nih ialah kepercayaan

"did you believe in yourself dear?"

Kepercayaan is just a part of life that we cannot deny its importance. kan ? :)

okey let me explain it kepada more detail *yelah sangat minah nih*
kepercayaan nih terbahagi kepada banyak bahagian.Dan kenapa saya katakan sangat penting sebab dalam rukuk islam pun semua nye berlandaskan 'kepercayaan'. Tanpa all of this kepercayaan,kita bukan islam,sebab rukun itu apa dear? 

"rukun adalah sesuatu yang wajib,jika kita tinggal dapat dosa.Dan tak sah ibadat yang kita  lakukan"
Then, kepercayaan itu wujud daripada diri kita sendiri,  so kepercayaan pada diri sendiri itu amat penting..

bila kita percaya yang kita mampu nak jadi hamba yang taat,then kita boleh jadik hamba yang taat.

Dan apabila kita nak berjaya,kita sendiri kena percaya yang kita mampu mengecapi kejayan.
yelahh,macam mana orang lain nak percaya yg kita nih boleh berjaya if kita sendiri tak yakin kat diri sendiri.

dan believe in yourself is catalyst to success..
 bila kita sudah yakin dengan diri sendiri,percaya dengan diri sendiri, everything yg impossible can happen.
memang . selalu lagi tuh.
kita rasa orang sekeliling ramai yang hebad hebad,pandai,bijak, and yada yada yada.
sampaikan kita rasa dan tertanya tanya kenapa kita tak mampu jadik hebad macam mereka?

kita tengok kawan kita sikiah tu dapat medic kat ireland,
then kita rasa down.
kita tengok pulak si mamat dapat engineering kat UK.
kita jeles bagai nak rakk macam boippreng carik gegurl lain *ehh

alih alih kita jeling kat diri kita rasa macam nothing.
yee NOTHING kat diri kita.
mula lahh perasaan rendah diri menyelinap
memakan segala keyakinan yg ada selama ini dalam diri kita.

"aku dapat kos perkilangan jeww,kat local pulak tuhh" *puii

"sapelah aku nih,belajar dalam kos biasa biasa je....orang tak pandai la katekan T.T"

selama ini kita asyik pandang kejayaan orang lain.kita lihat orang sinun jauh lebih hebadd,jauh lebih pandai daripada kita.pandailah dari semua aspek.

sehinggakan kita tak perasan akan kelebihan yang kita ada,kita terlampau taksub dengan kejayaan orang lain sehinggkan kita lupa nak hargai diri kita sendiri,usaha yang telah kita curahkan.

i can't deny it,saya pun pernah alami,selalu sangat.selalu sangat ada perasaan macam tuh,saya kan manusia,bila kita dongak sikit keatas,mulalah,

"masyaAllah,hebadnyaa dia,terasa diri kerdil sangat"



BUT
daripada situ saya bangkit.
Bila perasaan rendah diri menjengah dalam hidup kita.. kita kena fight back. jangan layan..bila layan..tu yang jdi smua bnda rasa diri tak layak n tak mampu.
Padahal..if we trust ourselves..kita mampu je.. 
Bila kita buang rasa rendah diri.. tak bermakna kita bangkitkan rasa bangga diri ye.
Kita yakin pada diri bukan bermakna bangga diri.
It's just a catalyst to make sure that we keep on moving (:

"The grass is always greener on the other side"
Kita akan selalu nampak orang lain lebih hebat..sampai diri tu rasa teramatlah kerdil.
Padahal diri tu tak kurang hebatnya.
Allah tu Maha Adil.

Dia ciptakan manusia dengan kelebihan dan kekurangan masing2.
Hargailah pemberian Allah tu.
Yakinlah bahawa diri pun ada kelebihan. Yakinlah dengan kelebihan yang ada pada diri tu.. diri mampu membawa manfaat kepada ummah. :) insyaAllah.

Kalaulah saya takde keyakinan diri..
saya tak rasa saya mampu pun tulis blog ni.
Bila tengok blog orang lain.. saya rasa.. Allah..hebatnya penulisan mereka..sarat dengan pengisian. sarat dgn hadith dan ayat2 Al-quran. saya pulak? Ntah.
tapi saya cuba jugak teruskan..
sebab saya yakin dengan diri saya... saya menulis untuk peringatan diri saya.. dan dengan keyakinan dan harapan.. bakal bawa manfaat untuk orang lain juga.




ilham for others blog





Rahmat ujian

Salam mahabbah wahai permata islam :)

Hari ini ,Matahari tidak memancarkan sinarnya,malu kalik, :(

UMS ada melancarkan minggu APK aka minggu keusahawanan. Best dan seronok,

dalam jalan jalan cuci mata kat gerai untuk melihat apa yang menarik,sekali ada seorang White english lady invite us (me and kak ana) snap picture.
kreatip sangat ! buat kami tertarikk,then we snap a picture together ..

and disitu kenangan tercipta ..happy ending , -_-


just wanna share a song to sing . kan indah ada sahabat sudi nyanyikan lagu ni untuk aku . arghh kompem terharu nanti >.<






Rahmat Ujian-Mestica
 
Dalam derita ada bahgia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu.
 
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai tafsiran
 
Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya...









#tergoda dengan toblerone kat giant tadi . ciss melayang duit ku , T.T



April 29, 2013

keep me Alone

Dengan Nama Allah ,aku bersujud padaNya tuhan  sekelian alam.

Andai dosa itu berbau,pasti tiada siap mahu menghampiri aku..
tapi Allah itu maha hebat,tak terjangkau dek akal fikiran kita setiap kejadian yang berlaku.
Manusia,lupa,an-nisyan
bongkak sombong ,bermegah diri,
Allah calitkan sedikit kemampuan lebih sikit dari orang lain
mulalah membanggakan diri.
mulalah sifat sombong menguasai diri
tunduk dan akur pada perintah Allah dulunya kini terhakis,
kehormatan diri dan kemulian diri yang dimilikinya kini menjadi ke'agungan'nya.

hinanya kita dijadikan daripada tanah.
yang kita sendiri pijak atasnya.

apakah yang itu perlu kita bangga banggakan?
dimanakh kesyukuran?
dimanakah kehambaan dalam diri?

adakah dibakar oleh kenikmatan dunia?
atau kedarjatan yang diangkat oleh manusia hina itu sendiri?

lemahnya insan ini.
Allah aibkan kehinaan kita,kelemahan kita ,kekurangan kita
Allah yang meletakkan kita disuatu daerah
samada daerah mulia atau hina.

adakah ia hanya sekadar bersahaja?

ketahuilah wahai sihina yang suka menghina penghina yang lain.
Kepada Allah lahh asalnya segala sesuatu.
segalanya cantik tersusun dengan hikmah yang hebat.

lihatlah guna mata hati, bukan sekadar pandangan kosong tak bermakna.

..
aku sipelupa.aku sering lupa.aku leka,banyak cacat cela.
aku pernah melakukan dosa,dan aku jugak kesali.
namun itu tidak memadai sekadar untuk dikesali,
bungakanlah ia dengan keindahan taubat.sebenar benarnya taubat

AllahuAllah

keep yourself alone,not forver jus for a minute,to flashback your sins that you have done towards Allah. and take time to regret all of it. istighfar.muhasabah


please remind me as soon as possible when i'm forget. bacause you are my real friend



April 5, 2013

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum selamat pagi malaysiann :)

dimanakah anda sekarang?

tahniah kepada semua pelajar degree kerana  cuti midsem sudah start ..yeay balik kampung. hanya aku yang terpinga pinga dok kat hostel kalik.

tadi first time pergi meeting . ada perjumpaan PRS .aku adalah ahli yang tak diiktiraf *rumate ajak join*

okey untuk pengetahuan cik bunga nih teramatlah sangat tidak aktif dalam apa jua aktiviti kat uni nih. kira ni first time meeting dalam sejarah sejak masuk uni.

dengan eksaitednye pergi meeting.muka bangga nak habis...

haha. |macam kartun je|

setinggi tinggi penghargaan buat rumate terchintaku si elly kerana kasik pinjam broadband . *terharu*

rindu rumah :')

April 2, 2013

Assalamualaikum semua .ehem !  morning peeps . *masih morning ka? *

krikk krikkk krikk

Alhamdulillahh .all praises to Allah midterm baru sahaja berlalu 2 hari yang lepas.

Computer Architecture And Organization |isnin|
Discrete Structure | Selasa |
Bahasa kadazandusun |selasa|

sangat sangat berpuas hati . yela bak kata pepatah hujung akal tawakkal . takkan nak merungut lagi kut sebab perkara dah lepas . hanya mampu mengangkat tangan berdoa kepada Allah supaya usaha yang kita curahkan itu setimpal dengan result yang bakal dapat nanti.

|usaha | doa | tawakkal


Dulu ada pergi interview nak jadi facilitator untuk minggu suai mesra .

soalan interview dia berbunyi

" adakah anda bersetuju dengan isu bersih ?"

then aku dengan yakin penuh karisma *yela sangat pun menjawab

" bagi pendapat saya sayan sokong mahasiswa join bersih sebab bla bla bla bla ...."


dan akhir sekali interviewer tu jawap

" jangan kecewa kalau takdapat usaha lagi tahun depan ...harapnya tiada yang mengamuk ke buat luahan perasaan tak puas hati sebab tak dapat "

dalam hati aku 'eh dia ni perli ke apa,aku sokong je bersih tu tapi tadela niat nak buat rusuhan .ciss'

haha ! macam kelakar.


and lastly resultnya aku takdapat. .takpelahh tak kisah . sedih and kecewa tu adalah sikit . tipula klau tak sedih | ade pearasaan kan? |

hokey hokey bersiap untuk pergi kelas Kemahiran berunding :D



p/s : haritu baru buat skype . eksaited kemain . sape2 yang ada skype tu jum la tukar2 . nama skype | miza.zeqs |

ilalliqaa' . kamsahamida =)

March 27, 2013

the fast furious

ni buat marathon nak kejar masa .sikit lagik ada tutorial . nak ambil masalari dari library pergi sktm *fakulti* .  

tapi dengan semangat yang kental tetap sedaya upaya nak update blog walaupun masa singkat . 

"weekend ini semua orang balik rumah kan ? insyaAllah "

cuti midsem nak dekat . rasa macam sem 2 nih masa cepat sangat berlalu .. terasa sayang pulak nak tinggalkan bumi sabah ... so walaupun cuti seminggu dengan kentalnya aku taknak balik ,

isok coursemate ajak pergi bbq dekat mana entah ..

and .

adakalanya kita perlu pilih untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa .

dan .


ingatlah selepas hujan pasti akan ada pelangi indah yang akan menyinari


jum muhasabah !

rindurumahmakayahadikadikabangabnag. *fikiranmelayang*




March 23, 2013

20 Mac ^_^

Apakah yang anda harapkan dalam hidup ini ?

okeyy tetibe je kan . -___-

Baikk . jum bermadah dulu . | hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu sentiasa dalam kenangan |


20 Mac lepas bersamaan dengan hari rabu birthday my mother. 

"semoga Allah sentiasa merahmati emak dunia akhirat"

terimakasih mak kerana melahirkan kakak

terimakasih mak kerana mendidik kakak menjadi seorang anak yang berguna

terimakasih lagi sebab terima kakak seadanya

terimakasih sebab sayang cinta rindu kakak

terimakasih kerana membesarkan kakak 

maaf sebab dulu kakak nakal

selalu menyusahkan mak

buat mak malu dengan perangai kakak yang over 'kelakiannya'

maaf sebab degil tak dengar arahan makk

maaf atas segala sikap buruk kakak

ter'tinggikan' suara ,mengasari mak,melukakan hati mak,menghancurkan haarapan mak.


Makkk ...

engkau wanita yang hebat terunggul bagi anak anak makk.
dalam melahirkan dan membesarkan sembilan orang anak.
yang mempunyai macam macam perangai sikap karenahh

terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan makk selama ini.

kakak tau kakak takmampu nak balas semua ini .

doakan kakak sentiasa semoga mampu jadi anak yang terbaik .

yang mampu memimpin tangan makkk untuk masuk syurga .

mak senyum selalu tau :D

p/s : hadiah mak tunggu bulan enam . bila kakak balik semenanjung .insyaAllah.



nina setinggi tinggi Tahniahhhh ! for your spm .

semoga capai cita cita .

syafiq semoga sentiasa istiqamah

aisyah jadi anak terbaik .adik gudluck upsr !



March 9, 2013

#wordless#

Assalamualaikum , salam damai bumi sabah .#prayForSabah

Neyo- mad . lagu nih lagu kegemaran aku suatu ketika dulu .

" Mad for Nothing , Running For Nothing "

cubalah dengar , tak rugi pun . ehh try tonton movie 3 idiot . very inspired !

saja ziarah blog ini . tengok macam bosan terdetik pulak nak menaip .. |sukaa|

Alhamdulillah , kenyang baru lepas makan . tapiiiiiiii


mataku sudang mengantuk . | eh tapa tapa bertahan |

korang kena faham aku sekarang dekat library . sekali aku lentok sini pelik pulak jadinya -____- haishhh.

okey dah nak out !  nak baca nota discrete structure . hari isok ada quiz .

pray for me to get the best result . insyaAllah :")



Ilalliqa'

March 8, 2013

salam jumaat :')

:') Asslamualaikum . have a nice day .

errr saja nak menaip .. rindu :') eheheh.

kadang kadang bersendirian itu lebih baik.. macam kita memberi sedikit ruang , peluang , dan masa untuk diri kita kan ?

tiada motif pun nak update blog nih .sukasuka jaa.,

hah . sejak daripada "peristiwa" itu , kebanyakan masa aku dihabiskan dengan  buku . |ehem bukan mukabuku okey | tapi banyak novel lahh yang aku khatamkan. semua novel library Ums aku pinjam .nampak tak betapa rakusnya aku ? haa.. then habis aku baca semua cerpen penulisan2u tuh . | my new hobbies | best . dapatlah mengabiskan masa dengan perkara berfaedah  atleast kan .


nak balik kolej tapi agak malas nak tunggu bas |memang tak akan sampai la kan |

i have something . dulu aku pernah tulis sesuatu . then aku hilangkan .sengaja .haishhh. then sekrang ada seorang tulis benda yang sama . :') senyum jelah .

suka baca belog dia :D

now i know about this life ~ i wish that everybody kneww .


*library nih sejuk lahh *

oke dah takada apa apa nak tulis . ilallliqa' .






February 26, 2013

Gaze only <^_^>


Hari ini dia mungkin tidak bertudung,esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu..
 Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.Tetapi...mengajak manusia ke jalanNya dan saling doa mendoakan...

Jangan HINA permulaan seseorang...Kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya.


p/s : ujian itu sangat berat . memandangnya dengan pandangan yang kosong .

yaRabbulaminnn , tuntunilah hatiku . :')

February 23, 2013

Bicara :D

Assalamualaikum .. salam mahabbah fillah . semoga suci dalam dakwah :)

eh isok sudah mula kelas . *ehh tengok tengok muka budak itu excited nak pergi kelas .

sabar :D

| hakikat sebenar sabar itu adalah luar bahagia ,namun dalam merintih |

aku tak pasti . tapi mungkin ada benar jugak kata kata diatas .

sudah seminggu berlalu . bermakna seminggu jugak diri ini bertapak dibumi sabah . terasa ingin pulang sangat sangat . rindu :') 

arggghh bukan pertama kali duduk jauh dari family .. tapi entahlahh .perasaan nih mengada ngada . balik haritu rasa macam tak puas ..

seronoknya duduk rumah . main dengan adik adik . ajak mak pergi keluar shopping . terjah pasar malam . bangun pagi lepas solat mintak sedekah dekat mak | almaklumlahh cuti tade income | then masak sama sama walaupun tak berapa sedap  then baked cake sampai subuh tak tidor  ,online sama sama dengan abang ,main kejar kejar dengan kucing bila waktu petang and pergi rumah kenduri sama sama semata mata nak makan nasi minyak XD semua tentang rumah buat aku rindu . mereka semua tulang belakang aku .pendorong semangat bila aku lemah . really needs them .










sejak kebelakangan nih selalu dengar tentang orang meninggal semuanya diusia yang masih muda .sebaya aku lagi tuh . Allah make a noticed to me .
semoga kita semua berada di pengakhiran yang baik | husnul khatimah |


p/s : jum dengar lagu menyambut janji by letto . best woot woot


February 20, 2013

move on .

Assalamualaikum  semua .

Alhamdulillah sudah selamat landing di bumi sabah . Bumi dibawah bayu ~


Bicara yang sering aku ungkap tatkala diri terasa lemah and down . |MOVE ON |

bicara tak semudah pelaksanaan . sangat betul . di mulut meniti move on tapi langkah masih di takuk lama . tidak bergerak . apakah itu sudah memadai ? ask yourself . 

 Jom aku sharekan  satu hadiah yang spesial dari si 'Dia' 

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" [Al-Shaff:2]


Ayuh gerakkan langkahan kaki yang terhenti ! Jangan sesekali mengalah !


Actually harini sudah start kuliah . Rasa sangat seronok .. I know everything comes with reason . Allah maha hebat ! tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia sia . Hanya manusia yang tidak mampu fikirkan hikmahnya .


#baru sampai Sabah dah fikir rumah . jujur . |sangat rindu mereka |

menunggu lagi empat bulan .nak meraih kasih mereka.  ^__^


*harini duduk library ! ehehe. masuk masuk jaa panas .aishhh aircond tade pulak .sabar sabar :) .make a big smile first .

# susahnya menjaga hati . wahai Allah yang penuh berhikmah , jagalah hatiku . agar sentiasa tunduk and patuh pada perintahMu .

p/s : i dunno what had happened . semoga baik baik sahaja . and semoga Allah beri yang terbaik . love your quotes 
  | menjadi yang terbaik and memberi yang terbaik |

p/s lagi : terima kasih . you make my life moves smoothly . 


have a nice day guys ^__^




February 17, 2013

Departures

Assalamualaikum semua .

Okey now bermalam di Lcct . Tiada tempat tidur .berjaga laa sepanjang malam. Dok online sensorang . I have my partner . Abang teman dok kat sini . Katanya bahaya  | ala tadelah bahaya sangat | 

Flight pukul 9.00 pagi . Sampai kat Lcct nih pukul 1 pagi . Pantcual sangat kan ? Inilah ciri pelajar cemerlang yang kita nak.ngeh3 merepek .


Erm tak tahu nak kata apa . 

Saja update belog ini kerana nak mengisi masa yang banyak terluang nih tau . Seronok pulak update belog serius ! 

 | nak ipad .| tolonglahh kasi secepat mungkin beb . * ehek


Tengah dok update boleh pulak tak perasan ada seorang  kawan tengah usha . Ouhhh .. Budak Ums jugakk lahh . Ahaha. Eh hye . Ok bye . -_____-


Nampak tak yang aku dah start merepek ? Nampak tak ? Jelas giler kan ? Huaaa . Memalukan 


Baca belog anda pun sudah lebih mencukupi .terima kasih lahh yee .
Be yourself .okeh ini pesanan penaja yang comel.

Sometimes we should all the bad thing from others .

Eh tapi kenapa engkau show off semua tuh hah ? Eii tak malunyaa wei .


-> abang p keluar sekejap .tinggal aku sensorang . Memang syok sangat laa kan nak merapu .cehhh.

Doakan semoga saya sampai selamat sejahtera ke Sabah yang sungguh dirindui . * buekkk*