CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

August 18, 2012


Bismillah. Assalamualaikum semuaaaa!

Ramadhan sudah bersedia untuk pulang dan kita? Muhasabah diri sama ada kita sudah pulang kepada fitrah ataupun tidak.

dan pastilah ikhwah akhawat semua dah buat persiapan yang serba RINGKAS juga untuk sambutan eidul fitri, dah beli baju yang lawaaaa, shawl yang comelllll, kasut yang urmphh, dan sebagainya (err okayyy ni mainly utk akhawat tercinta). Alhamdulillah semua bertungkus-lumus utk kelihatan yang terbaik utk hari kemenangan kita semua dalam menjadi graduan yang bertaqwa.

cumaaa, ana nak ingatkan diri sendiri dan antunna semua tentang pakaian yang patut or WAJIB kita pakai nanti-->MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, bukan kerana ibu dan ayah yang suruh or adat dan budaya menggalakkan sebegitu, tapi kerana Dia, si Kekasih hati yang suruh 

dan apa kriteria menutup aurat tu? sekadar pakai tudung? pakai stokin? hehe, jom kita tengok!

[An-Nur:31] "Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan HENDAKLAH MEREKA MENUTUP KAIN HINGGA KE DADA...."

"Tutup aurat dari pandangan mata menurut imam syafi'e adalah wajib. ciri-ciri yang membawa kepada tidak menutup aurat samalah seperti memakai pakaian yang KETAT, JARANG dan SINGKAT yang menampakkan bentuk badan atau bayangan warna kulit(baju jarang). semua ini tidak harus dipakai mengikut syariat islam kerana tidak mejamin terhadap kesempurnaan dalam menutup aurat yang disuruh oleh Allah dan RasulNya."

Checklist:

1. Tudung/shawl menutup dada.2. Tudung/shawl tidak jarang yang menampakkan rambut, telinga, dan leher.3. Baju tidak ketat yang menampakkan bentuk badan 4. Baju tidak jarang yang menampakkan segala benda5. Baju tidak singkat (kalau singkat, pakai kain, skirt labuh atau seluar besar. NO LEGGING or SKINNY PANTS sbb itu ditegah dlm Islam)6. Lengan tertutup sehingga pergelangan tangan (NO INNER KETAT yg mcm orang2 arab kat Uni selalu pakai tu)7. Stokin! 

so kawan2, pergi almari kejap tgk balik pakaian yang kita beli atau tempah utk hari raya fitrah nanti menepati atau tidak ciri-ciri yang Dia nak. muhasabah bersama yeee.

tapi ana suka sangat kalau kawan2 'bercantik-cantikan' pd hari kemenangan tu nanti sbb Dia suka yang cantik kan? cuma jgn melebihi had yg Dia dah tetapkan je. so nanti atau bila-bila masa, setiap kali berpakaian dan 'bercantik-cantikan', tajdid niat bahawa kita bercantik-cantikan tu sbb Allah yg suruh. kalau sbb Dia yang suruh, mestilah kita turut ambil cakna dgn syarat2 'bercantik-cantikan' tu kan? nak Dia sayang kita kan? haruslah kelihatan cantik yang menutup aurat dgn sempurna 

*tegur ana kalau pakaian ana sendiri tak menepati kriteria yang Dia nak, jzkk 

selamat bercantik-cantikan kerana Dia sbb Dia cantik dan sukakan yang cantik!

*peringatan buat akhawat tersayang. buat ikhwah, sila ambil cakna dan beri peringatan pada ibu, kakak, adik, isteri, cucu, cicit, dan sebagainyaaa 

wallahua3lam.

 :: salam lebaran,minal aidil wal faizin ^^ taqabbaALLAHu minna wa min kum !

*ampun dan maaf dipinta .semoga bermanfaat yaa~