CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

December 13, 2012

aku si ulat bulu

First of all,tajuk macam karangan waktu sekolah rendah dulu je kan?
haha.nevermind,zaman kanak kanak sangat menyeronokkan bukan?

tertarik dengan statement ini 

"Biarlah kita hodoh dan jelik sekarang ni, dikeji dan dihina oleh makhluk-makhluk lain. Tapi suatu hari nanti, kita akan bertukar menjadi makhluk yang dicemburui dan mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Tapi kena banyak-banyakkan bersabar ah."  


RAMA RAMA ;

makhluk yang sangat cantik,mempersonakan bagi mata mata yang memandang.
tapi pernah tak kita berfikir asal usul rama rama?

ye betul rama rama asalnya daripada ulat bulu.berbulu bulu.menggelikan,yang dulunya sentiasa dikeji oleh manusia.tapi setelah ia bertukar menjadi rama,kecantikannya mampu memukau buat mata yang memandang.Berterbangan menghiasi segenap bumi.

"Kita pon macam tu jugak , suatu hari nanti, in shaa Allah. Esok lusa, kita akan melalui suatu proses yang manusia panggil sebagai metamorfosis. Kita akan duduk dalam kepompong dan sepanjang tempoh tu, sedikit demi sedikit, kita akan bertukar menjadi rama-rama, kita juga akan menjadi rama-rama yang kachak lagi bergaya.  Biidznillah."


Hari ini ataupun sekarang,kita mungkin tak hebat.teruk,selalu dipandang hina,diperlekehkan oleh orang sekeliling,tapii jika kita melalui proses tarbiah yang baik,insyaALLAH,kita mampu menjadi seorang yang hebat.Sebab kita ada ALLAH yang maha hebat.Percaya kepada diri sendirik!


Wallahua'lam



No comments: