CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

July 28, 2012

Hanya Ingin Bersahaja . . .

Assalamualaikum . . .


Alhamdulillah . .
 Terdetik Hati Kecil Ini Ingin Bukak Blog .Actually tak tahu nak update apa kalau bukak blog.maaflahh. . idea tak banyak mencurah curah macam yang lain.
Hari ini ramadhan yang ke 8 agaknya.andai diri ini tak silap lahh.
Dah banyak yang saya lalui dalam hidup ini dan yang paling tak boleh dilupakan adalah Program Latihan Khidmat Negara. Mungkin bagi orang lain PLKN ini tidak ada apaapa padanya namun bukan bagi saya . .Saya dapat sesuatu pengalaman yang lain daripada yang lain bagi saya sukar didapati.Maybe kalian akan kata aktiviti yang menampakkan pengalaman itu berbeza.ye itu merupakan salah satu.tapi suasana PLKN itu sendiri lebih menarik daripada aktivitinya.secara tidak langsung saya telah belajar sesuatu yang baru


#Hidup dalam masyarakat yang pelbagai
Nampak macam kelakar kan.tapi realitinya itulah yang saya belajar.Hidup ini tak seindah yang kita sangkakan.Saya biasa duduk dalam golongan fikrah islam.Kalau ada salah , silap langkah dalam kehidupan , hatta down sekalipun , lajuu je kawan datang memberi semanagat , kasi nasihat , ingatkan tika saya lupa.tanpa dipinta.Itu adalah kehidupan saya.Namun , sejak saya dicampakkan di PLKN , kawankawan yang saya jumpa disana sangat lain.Semua background berlainan daripada saya.Macam macam perangai , tingkahlaku ,ragam , kerenah dan lainlain.Ada yang dahulunya merupakan penagih dadah , tidak suka belajar , dan macam macam lagi.Disana saya macam warga asing ,yalahh cara hidup islam dipandang sangat kuno , lama, tiada kemajuaan.Mereka seperti baru tahu Islam itu apa walaupun hakikatnya mereka beragama Islam.Apa sahaja ibadah yang saya lakukan seperti perbuatan yang aneh.Baca doa selepas makan itu sendiri mereka pelik dan ada yang tertanya tanya apa bacaan doaa selepas makan.Apatah lagi ibadah sunat seperti solat sunat , ma'thurat.Aduhhh.suasana yang amat kesian.Saya fikir budak zaman sekarang semua nya dah keluar daripada kepompong jahiliah.Hakikatnya ,saya sendiri sedang dikelilingi budakbudak yang tak tahu tentang agamanya sendiri.Mula mula nak marah geram pun ada.Agama ini bukan benda yang perlu di permainkan,WAJIB keatas setiap Muslim untuk mengetahuinya.Tapi tak akan nak salahkan mereka sahaja.Pihak lain pun ada salahnya juga seperti ibubapa ,media yang melalaikan ,suasana and masyarakat sekeliling.Kebanyakan mereka asal daripada selangor dan kuala lumpur.Inilah realiti kehidupan sekarang.Mereka benar benar dalam golongan yang TIDAK TAHU bukan TIDAK MAHU.Okey saya akui dulu saya assume semua orang dah tahu syariat Islam dengan menyeluruh.Just TIDAK ada KEMAHUAN untuk melaksanakan syariat.Tapi masih lagi ada golongan yang tercicir yang tidak tahu pasai Islam.Sayangnya golongan yang tercicir itu sendiri  merupakan Remaja kita kini yang mana yang akan memimpin negara pada masa akan datang.So,disitu saya terasa satu tanggungjawab tergalas dibahu saya untuk mentarbiyah mereka.Kewajipan saya untuk menceritakan perihal and Syariat Islam.Gerakkan mereka yang sedang tidur lena dibuai mimpi duniawi.Hatihati merka perlu saya ketuk perlahan lahan.Tapi dari mana saya patut mulakan??Tentang aurat jauh sekali daripada pengetahuan mereka.Aurat wanita dengan wanita pun mereka tidak tahu.nahhh . .semuanya mereka hentam.solat lintang pukang jadinya.bacaan dalam solat pakai tibai sahaja.Astaghfirullahalazimmm...dalam keadaan sebegini rupa aku diuji.tika ini tiada lagi sahabat untuk berjuang sekali.Seorang diri saya bergerak .Bahan ilmiah seperti Gen-Q , Solusi , dan sirah sirah nabi saya edarkan.Makanan rohani buat mereka yang hati sangat gersang..Mungkin usaha saya tak nampak impak yang sangat kuat , ye !saya tak kuat tanpa Jemaah yang lain serta sahabat sahabat.Nampak tak betapa pentingnya jemaah dalam melakukan sesuatu perkara terutama dakwah.Sebab itulah solat berjemaah lebih afdhal daripada nafsinafsi~Ketika itu, Hanya ALLAH tempat saya bergantung harap menceritakan segala hal .Allah always with me ~dan sepetri biasa tak semua yang kita buat akan disambut baik oleh orang sekeliling.Tapi kena steady jela.Rasullullah kekasih ALLAH itu pun cool je.Baginda kena caci maki hina dipukul segala bagai tak kecoh pun.senyum sokmo lagii.This is about we call life.banyak rencahnye kalau nak book syurga.So enjoy for every second in your life.Perjuangan perlu diteruskan.Jangan henti walau sesukar mana pun ia.Doakan mereka ayuhhh.Doa orang yang berpuasa merupakan doa yang mustajab.
 PEACE ^^

 #baju kelas.macam tadika kan ? haha





Alhamdulillah,bakal mahasiswa UMS.jauhh.mesti lagi hebat ujianNYA.
~ALLAH knows better~
 

p/s : semoga ALLAH sentiasa menetapkan hati hati kita dalam jalan yang lurus.
          ingat ! kekadang ALLAH suka membolak balikkan hati hati manusia yang lalai.so                                               sentiasalah doa agar ditetapkan iman dan mendapat husnul Khatimah ^^ insyaALLAH


2 comments:

syazwani said...

(Y) thanks for the sharing mizaa :D
yes, u are right! degree life lagi mencabar.

syazwani said...

(Y) thanks for the sharing mizaa :D
yes, u are right! degree life lagi mencabar.