CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

January 4, 2013

rapuh


Matanya yang tak pernah tertatap. Santunnya yang tak pernah terjerat. Hatinya yang belum pernah termiliki. Nawaitunya yang ingin seorang zauj hadir menemani. Serendah-rendah nama, semulia-mulia cinta. Di bawah langit cinta Allah azzawajalla..
Malam itu, pada kertas kanvas yang putih, namamu yang menimbul. Persis dakwat yang membasah. Menyerap selemah-lemah kanvas. Tertulisnya nama, tercatatnya hasrat yang setia. Maafkanlah andai kanvas itu tak mahu menguning. Dimamah hari dan hari. Likat dakwat ibarat keindahan yang tiada tara. Lafaz cinta yang belum pernah terungkap.
Menyepikah nama seorang pemuda, pada jiwa sekuntum bunga. Berdurinya di pagar taman-taman larangan. Melarikan renung mata, menjauh gurau senda. Hati dan anggota memekar. Atas sebuah nama cinta. Menggulir riak rasa yang mahu. Apatah lagi umur purata, kini sudah ramai mencipta baiti jannati. Bersabarnya atas ketentuan. Memecah resah-resah yang haram.
Duhai Tuhan yang mendengar setiap zarah bicara..
Dari jiwa dalam dan tulis lemah seorang hamba..
Ingin, sungguh ia semahu yang boleh..
Memegang hati untuk Engkau tetapkan..
Tika menghapus ruang dan waktu..
Tika beriman aqal dan nafsu..
Naluriku yang senantiasa berkata..
Mahabbah rindu biarkan rahsia..
Moga mengalir tanpa dosa..
Wasilah jiwa yang mendamba redha..

December 24, 2012

kepadaMu aku terus terang

Bismillah.Assalamualaikum *sambil lambai tangan*

Meniti hari di bumi bawah bayu *sabah*
seronok menyelinap segenap penjuru,bukit ,belukar,sungai,denai,laut,pantai,hutan,rimba,raja rimba dan macam macam.Berpijak di negeri orang memang seronok.Tapi berpijak di negeri perak buat kita syahdu *hyper*

Ehhh esok dah christmas.rumate dua orang tiada.this week adalah minggu belajar.byk masa:

ada sumting nak ceghite.yang berbicara dalam jiwa.banyak sangat.boleh buat movie MIDNIGHTMOVIE.ngeh3.

tapi kepadaMu sahaja yang mampu terungkap segala ceghite.kat sini tangan tidak mampu nak menaip.terlampau berat ceghitenye.

hho

the END

December 18, 2012

Andai ada jodoh tak kemana,Andai bodoh pun tak kemana ^^

Salam sealiran sungai Nil,salam mahabbah,salam tarbiyah,dan selamat sejahtera keatas kamu semua.

Just wanna share something special. :)

Jodoh itu penuh keunikan,,,

Apabila semakin dikejar,

semakin dia berlalu pergi,

apabila kita hanya menanti,

usahkan hadir,

bayangnya belum pasti,

kadangkala antara jodoh dan nafsu kita sering terkeliru,

adakah dia jodoh ditunggu,

ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu,

kadangkala hadirnya tidak disangka,

dia rupa-rupanya jodoh kita,

Rencam jodoh...

manisnya dapat mendamaikan hati,..

pahitnya dapat menghancurkan diri,

misterinya dia..

hanya Tuhan Maha Mengetahui..

ehem ehem..

Dia menyapa,Jodohkah namanya?

^,^


# jodoh saya dah sampai? Alhamdulillah.saya tak terlampau mengejarnya.takutt..medan yang paling saya takuti...

isyaALLAH..andai itu takdirnyaa,saya jemput kawan2 saya.perkara baik kan.elok di'share" bersama.semoga Allah permudahkan :)
menuju kesyurga Allah yang utama.